SEJARAH KG. BINAUNG BARU, MENGGATAL
Kampung Binaung Baru, Menggatal mula diduduki pada tahun 1948. Bagai manapun idea dan penerokaan kampung bermula pada tahun 1964. Datuk/moyang yang pertama membuka tanah perkampungan ini seramai 7 orang iaitu gundohing Kangit Kindaman Tanor Dumpos, Gilos Dumpos, Gitom Dumpos, Belon Dumpos, Lomping Dumpos, dan Kalun Soluku .
Pentadbiran kampung yang pertama ialah KK. Dusim Mandial dan dibantu oleh arwah Kangit Kindawan. Sesungguhnya sejarah dan usaha mereka dalam mempastikan kewaujudan kampung ini amatlah di hargai dan di sanjung tinggi. Kampung ini, mempunyai tanah rizab keluasan 13.66 hektar. Kedudukan kampung ini masih di dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan letaknya lebih kurang di kilometer 25 km jalan Tuaran –Telipok. Pada awal tahun 1964 hanya ada seramai 7 buah keluarga pada masa itu.
Namun faktor pembangunan semasa yang dinamik, dan ketika ini Kg. Binaung Baru Menggatal mempunyai seramai 68 buah keluarga, dengan bilangan penduduk seramai 324 orang majoriti Bumiputra Kadazandusun dan sebuah keluarga keturunan Lundayeh.
Menyentuh dari segi infrastuktur dan kemudahan awam yang telah diberikan oleh kerajaan di kampung ini, kampung ini telah dibekalkan dengan kemudahan jalan raya yang berturap sejauh 3.52km yang siap pembinaannya pada penghujung Disember 2012. Selain kemudahan asas seperti yang saya sebutkan tadi, kampung ini juga telah dibekalkan dengan elektrik, bekalan paip air graviti yang diperolehi daripada dua punca sumber iaitu sungai tampulan dan sungai binaung, 2 buah gereja (BCCM & Katolik), gelanggang sukan serbaguna, tanah simpanan perkuburan kristian dan islam serta sebuah balai raya. Kegiatan utama ekonomi penduduk ialah berniaga secara kecil-kecilan, mengusahakan tanaman pertanian, berkerja dengan sektor awam dan swasta.
Comments
Post a Comment